Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Thursday 14 December 2017

Tiga Hari Beraktiviti Bersama Pribumi Temiar



Membuat Keputusan

Ilmu perlu ditambah dan menjadi mainan saya dan sepatutnya saya tahu saya perlu mempunyai ilmu yang lebih sedikit berkenaan alam, sejarah dan budaya. Tapi kini bukanlah ia menjadi kewajipan untuk saya tahu tapi lebih kepada minat.

Saya telah beberapa kali berusaha untuk mendapat kerjasama terus dari orang asal untuk belajar kehidupan cara mereka. Tetapi masih belum mendapat kata putus dari kenalan-kenalan dari orang asal.

Pendedahan mengenai budaya dan cara hidup mereka amat sedikit dan attachment kepada mereka sangat terhad dari segi masa.

Santai di rumah selepas seharian bekerja petang khamis 30 Nov 2017, sambil membaca posting-posting dari rakan-rakan FB yang kebanyakkannya adalah yang meminati aktiviti luar dan pemain industri pelancung selain bekas-bekas pelanggan saya. Maka terlintas satu posting dari Hafizudin yang mengiklankan kekosongan peserta untuk kem di perkampungan orang asal. Tambah menariknya bukan saja lokasinya yang dekat malah aktiviti yang bakal diisi adalah yang memenuhi keperluan yang saya cari.

Terus saja saya membuat pertanyaan melalui ruang komen untuk saya turut serta dan sejam kemudian telah mendapat jawapan. Shukur masih ada ruang untuk saya.

Seawal peringkat ini saya berterima kasih kepada penganjur secara berkala memberikan sedikit nasihat perjalanan dan keperluan untuk aktiviti.

Hari Pertama

Tidak banyak keperluan yang saya bawa. Hanya sekadar seperti yang dinasihatkan oleh penganjur. Kebanyakan keperluan telah saya ada, cuma perlu disusun di dalam bag. Hanya 1 saja yang baru….. bateri.
Mengikut jadual penganjur pada jam 3 petang peserta akan bertolak dari Ipoh ke Sungai Siput. Saya telahpun memaklumkan penganjur yang saya terus ke Sungai Siput memandangkan saya dari arah Taiping.

Saya memandu sendiri dan bercadang untuk terus memandu ke lokasi kem. Apabila samai di tempat berkumpul di Sungai Siput saya dimaklumkan tayar 4X4 saya tidak sesuai dan saya patuh saja nasihat penganjur untuk car pool dari Sungai Siput ke kem.

Seperti biasa pada mana-mana kumpulan yang bergerak secara berkumpulan akan berlaku sedikit kelewatan akibat pelbagai masalah yang tidak diduga. Walaupun jadual asalnya untuk kami bergerak ke kem pada jam 4 petang tatapi hanya dapat bergerak pada jam 6 petang.

Perjalan mengambil masa hampir 40 minit di atas jalan raya bertar yang agak berselekoh tetapi baik. Kami singgah di masjid Kampung Bawong untuk yang belum sempat bersolat asar dan saya mengambil peluang untuk berbual dan berkenalan dengan tatamu masjid pada petang itu. Ialah ini kali pertama saya bertemu mereka dan masih tidak mengenali. Tetapi saya tersalah kumpulan kerana kumpulan yang saya perkenalkan diri itu bukanlah dari kumpulan yang sama. Walau bagaimanapun saya tetap kembangkan rangkaian kenalan.

Kami meneruskan perjalanan menuju ke kem dan seperti biasa apabila memasuki kawasan hutan cuacanya cepat gelap dan kami tidak dapat mengecam jalan. Konvoi kenderaan 4X4 hanya mengikuti kenderaan paling hadapan dan bagi menghilangkan rasa bosan kami berkongsi teka-teki melalui rangkaian warkie talke.
Ialah nak beronline pun tak berapa nak ada line sepanjang perjalanan dengan kelajuan maksima 30km/j ini.

Kami sampai di tapak kem pada jam lebih kurang 8:00 malam dan disambut oleh ramai orang asal yang setia menunggu sejak jam 6 petang tadi.

Saya mempunyai masa yang agak lapang sedikit kerana tidak membawa banyak keperluan. Maka masa yang ada itu saya bantu petugas untuk memindahkan logistic mereka dari dalam kenderaan ke salah sebuah rumah orang asal.

Kami ditempatkan di dewan adat yang berkeluaran 22X60 kaki lebih kurang. Terdapat 2 ketinggian lantai yang mana salah satunya lebih tinggi dari yang satu lagi pada ketinggian 13/4 kaki. Daripada 4 sisi dewan adat ini hanya 1 sahaja yang berdinding manakala 3 lagi hanya dipagari dengan 2 patang buluh secara melintang.

Terdapat 3 anak tangga pada balai adat ini dan luas hampir 12 kaki. Reka bentuk ini sesuai untuk sebuah banguan yang sering diguna oleh ramai orang pada satu-satu ketika. Sepanjang berurusan di dalam dewan ini tidak pernah kami jam di pintu.

Manakala peserta wanita ditempatkan di sebuah rumah lain yang juga didirikan dari sumber alam. Beratap bertam, berdinding dan berlantai buluh. Bezanya rumah ini adalah 3 dari sisinya berdinding penuh dan 1 darinya berdinding separuh lebih kurang 4 kaki dari lantai dan mempunyai pintu yang diperbuat juga dari sulaman buluh. Keluasan rumah ini lebih kurang 20X12 kaki.

Semua peseta secara sukarela membantu maka kerja-kerja memunggah barangan sebentar sahaja diselesaikan. Saya kemudian mengambil peluang untuk mengemas diri dan menunaikan yang wajib. Dan sebahagian peserta pula membantu orang asal memasak makanan untuk malam ini.

Setelah selesai urusan mengemas pihak urusetia memperkenalkan diri dan begitu juga pemegang-pemegang jawatan dari komuniti orang asal.

Kami juga diperkenalkan depada seorang remaja orang asal yang akan menjadi pemudah cara (En Wahab) untuk apa juga urusan atau kekeliruan sepanjang program. Mungkin atas factor masa tiada sesi ice breaking untuk peserta dan komunikasi menjadi sedikit sukar kerana saling tidak mengenali.

Urusetia rombongan telahpun beberapa kali membuat provokasi semasa sebelum bertolak lagi dengan menguploadkan melalui whatapp gambar-gambar sekitar kem dan juga gambar-gambar makanan yang bakal dihidang pada malam itu. Hampir 70% adalah makanan orang asal dan inilah spesifikasi yang saya mahu.
Makan Malam Yang Lewat Sangat Menyelerakan

Setelah terhidang makanan, saya cuba mendahulukan semua makanan dari orang asal antaranya ubi kayu rebus dan bakar. Secara spontan, mungkin telah menjadi kebiasaan saya mengglakkan semua yang duduk dekat dengan saya untuk mencuba yang lain dari biasa.

Saya menahan diri dari mengambil ikan rebus goreng (salah satu menu) agar keaslian masakan orang asal itu tidak diganggu olehnya.

Ini adalah pengalaman pertama saya makan makanan orang asal walaupun telah banyak kali menyertai program pendek bersama dengan masyarakat orang asal. Hampir semua makanan mereka tawar. Mungkin tidak langsung diletakkan garam. Tak menjadi masalah kepada saya kerana ini adalah pembelajaran kelas budaya.

Semua aktiviti outdoor yang pernah saya lalui belum pernah lagi masakan yang dihidang tidak sedap. Semuanya saya berupaya menghabiskan hingga 3 pinggan nasi. Tambahan pula hidangan makan malam ini hanya siap pada jam 10:50 malam. Saya dan keluarga makam malam pada jam 6:30 petang. Bayangkan lah betapa laparnya saya pada waktu itu.

Pinggan pertama adalah 100% hidangan dari orang asal. Ubi kayu rebus dan bakar dan pinggan ke 2 nasi dan pucuk paku. Malam itu saya vegetarian. Nak tambah kali ke 3 tu dah jadi malu sikit.
Pucuk Paku Ini Amat Sedap


Ubi Kayu Rebus

Malam itu masa begitu pantas. Saya adalah yang paling awal tidur setelah kuasa letrik dari engine ganarator terhenti akibat kehabisan minyak. Barulah saya sedar kampong ini belum dibekalkan elektrik. Mujurlah lampu suluh senang dicapai dan dapat membantu untuk urusan-urusan akhir sebelum tidur.

Hari Kedua

Saya tidur dengan sangat selesa walaupun tidak ada alas dan semata-mata di atas lantai buluh. Suhu memang sejuk sekitar 20c tetapi menjadi selesa kerana saya dinasihatkan oleh urusetia untuk membawa sleeping bag.

Tak ramai yang dapat bangun awal pada subuh itu dan saya dapat menggunakan bilik air yang cuma ada 1 dengan selesa. Cuma saya tak berupaya mandi pada cuaca yang sejuk. Saya menumpang solat dengan kumpulan pemandu 4X4 yang mana mereka meyertai kem ini semata-mata ingin menikmati aktiviti lasak kenderaan 4X4. Mereka mempunyai kelengkapan outdoor yang lebih baik dan mendirikan kemah dan arena sendiri.

Jadual untuk ke Kampung Beng agak lewat dari jadual asal. Kami dimaklumkan jalan untuk menuju ke kampong tersebut agak sukar dan bertambah sukar setelah berlakunya tanah tuntuh dengan dipersedapkan resepi lagi hujan yang lebat semalam. Resepi ini cukup untuk menenggelamkan 4X4 kami kelak.
Bersiap Untuk Ke Kampung Beng

Satu pasukan tinjau telah dihantar dahulu untuk menaksir keadaan dan setelah itu kami memperoleh lampu hijau untuk kami teruskan aktiviti.

Baharu bagi saya adalah proses menukar tayar dan memasang rantai pada tayar 4X4.

Keadaan jalan untuk ke Kampong Beng ini kebanyakkannya telah ditutupi dengan batu granite. Hanya terdapat 2 lokasi berlaku tanah runtuh dan akibat hujan ia menjadi berlumpur dan licin. Tambahan pula lokasi itu juga berkeadaan mendaki yang curam. Jika saya memandu 4X4 saya tentu tidak dapat melalui lokasi ini. 
Ini Bukanlah Teruk Sangat

Terdapat juga pokok tumbang menghalang laluan kami. Maka beramai-ramailah kami yang membawa parang untuk memotong pokok tersebut. Paling besar dengan ukur keliling 0.5 meter. Tak lah besar tetapi banyak. Kerja membersihkan jalan ini sekejap sahaja kerana ramai yang meyumbangkan tenaga.
Pokok Tumbang Menghalang Perjalanan

Perjalanan ini memakan masa hampir 1 jam dan kami tiba di empangan TNB dan bersiap untuk trakking hutan pula.

Pada waktu kami tiba di empangan hujan mula turun dan ramai diantara peserta telah mengenakan baju hujan.
Empangan TNB

Sebelum bertolak lagi urusetia telah memaklumkan agar membawa bekalan makanan kerana tiada makanan tenghari untuk tenghari ini. Kebetulan saya mengambil 3 ketul ubi kayu goreng lebihan sarapan pagi tadi. Daripada 3 ketul ubi kayu goreng itu saya hanya makan 1/6 dan selebihnya dikongsikan dengan yang lain.
Di sini juga peserta dibahagikan kumpulan. 5 kumpulan dan setiap kumpulan juga disertai oleh 3 orang asal. Berlapang dadalah kami untuk menerima apa saja ilmu yang akan diijazahkan oleh mereka.

Kami memulakan trakking dengan menyusuri Sungai Piah dan ditemani guru-guru dari komuniti orang asal. Sepanjang perjalanan ini kami diperkenalkan dengan nama-nama tumbuhan samada ia boleh dimakan atau dibuat ubat.
Hujan + Meranduk Sungai


Kami berjalan sejajar dengan laluan sungai dan 3 kali meranduk sungai. Dan terdapat satu pendakian yang sempit untuk naik ke paras yang lebih tinggi sebelum tiba di kawasan yang menjadi kebun kepada orang asal di Kampong Beng.

Banyak pokok ubi kayu yang agak tua di kebun ini berselang seli dengan anak-anak pokok getah. Dan setelah hampir 40 minit berjalan maka kami tiba di Kampung berg. En Wahab terus berdemo dengan minum dari sumber air anak sungai dan terus menyuruh saya mencuba. Rasanya saya seorang saja yang mencuba. 

Air 100% mineral dan dengan ketinggian 1070 meter dari paras laut tentulah Kampong Beng ini bersusu tanah tinggi yang sejuk. Waktu kami tiba pada jam 12 tenghari suhunya sekitar 24c, maka air anak sungai tadi rasanya sejuk dan amat menyegarkan. Terasa pula sebotol air mineral yang dibawa tadi satu kerugian.
Di kampong ini kami menghabiskan masa selama 3 jam dengan menemuduga penduduknya dan mengambil maklumat sebanyak mungkin aktiviti harian mereka.

Hanya terdapat 3 buah rumah sahaja yang saya dapat lihat dan berjarak 30 meter setiap satu.
Bergambar Di Salah Sebuah Rumah Di Kampung Beng

Kumpulan saya lebih tertumpu kepada rumah yang tengah dan sebahagian lagi peserta mendaki ke arah rumah yang berada di atas bukit dan sebahagian lagi meranduk sebatang anak sungai menuju ke sebuah rumah lagi.

Kumpulan kami membuat keputusan untuk focus kepada pokok tembakau dan mendokumenkan dari ia disemai hinggalah produk akhir dan kegunaan tembakau. Maka sibuklah masing-masing mengambil rakaman dan menemuduga orang asal yang ada. Dan di kalangan kami secara hands on melakukan proses-proses itu. Yang paling menerujakan adalah peserta yang merokok dan mencuba rokok tembakau hasil dari orang asal. Hmmmm sampai terpejam mata menikmati.
Tembakau Yang Telah Siap Disalai

Selain itu kumpulan lain dapat menemukan tumbuhan yang lebih bernilai antaranya tongkat ali. Kami juga agak bertuah kenara penduduk yang sangat ramah ini turun memberi kami rasa makanan yang mereka sediakan untuk makan tenghari dan cara-rara penyediaanya.
Tumbuhan Seperti Gandum Ini Menjadi Antara Makanan Ruji

Maka masa telah tiba untuk kami balik ke kem dan seperti biasa perjalanan pulang terasa lebih singkat dari pergi. Tambahan pula semua halangan semasa pergi tadi tidak dilalui lagi.

Kami tiba di kem lebih kurang jam 6 petang dan masing-masing telah agak keletiah untuk menjalankan aktiviti yang dijadualkan. Walau bagaimanapun masih terdapat peserta yang meraikan orang asal menjalankan aktiviti riada dengan perlawanan persahabatan sepak takrow. Walaupun pada asalnya perlawanan persahabatan bola sepak.

Option pada perlawanan bola sepak adalah beriadah mandi sungai. Saya tidak menganggpa ini adalah satu aktiviti tetapi lebih kepada keperluan diri sendiri.

Air Sungai Piah ini deras dan tiada lubuk yang selamat untuk mandi. Saya agak khuatir dengan keselamatan dan hanya mandi di lokasi yang paling difikirkan selamat. Tak boleh lama aktiviti ini kerana air sungai sangat sejuk.
Arus Sungai Piah Agak Deras

Seterusnya semua yang ada membantu untuk meyediakan makan malam dan kami makan agak awal pada malam itu pada sekitar jam 7:30 malam. Antara menu yang paling sedap adalah umbut bayan. Lain-lain juga sangat sedap.

Malam tidak berakhir begitu sahaja. Kami kemudian dipertontonkan pula dengan tarian sewang meyambut tetamu. Tariah dan persembahanyang sangat panjang dan diiringin dengan alat muzik yang sangat mudah diperoleh dari alam.

6 orang wanita dengan 2 batang buluh setiap seorang. Buluh seruas pelbagai ketinggian diketuk di diatas sebatang kayu seoleh-oleh sedang menumbuk sambal menghasilkan renak yang lunak.

Beberapa anak remaja lelaki pula menari menghentak kaki di atas lantai rumah adat yang diperbuat dari buluh menghasilkan satu jenis bunyian lain.

Pada waktu yang sama seorang seolah tok dalang dalam persembahan dikir menyayikan lagu dalam dialeg temiar. Penyanyi ini bergilir-gilir dan inilah yang menyebabkan persembahan mereka menjadi begitu lama.
Kami dijemput untuk juga menghentak kaki di lantai mengikut rentak yang dialun oleh kaum wanita tetapi kami bukanlah yang biasa dan peyertaan kami dalam tarian itu hanyalah sebagai perosak irama. Apapun lama-kelamaan rentak itu dapat dikuasai dan menjadi lebih merdu untuk didengar.

Yang menariknya hentakan kaki secara serentak ini mengakibatkan lantai rumah adat berhinggut dengan kuat dan saya secara peribadi amat risau dengan jumlah kami seramai 35 orang dan ditambah pula komuniti orang asal yang lebih ramai menimpbulkan persoalan. Mampulah rumah adat ini bertahan dengan hentakan itu. Hmmm selamat semuanya hingga akhir tarian sewang.

Bagus tarian ini kerana ia sangat membakar kelori dan semuanya berpeluh seperti baru balik dari larian 4X100 meter.

Hai. Tak habis di sini aktiviti malam itu. Orang memberi kita merasa. Maka tibalah masa untuk kami memberi sedikit ilmu kepada komuniti orang asal.

Satu bengkel mencetak baju dikendalikan dan komuniti orang asal ditunjukkan cara-cara mencetak baju dengan peralatan yang mudah dan boleh dipraktikkan.

Perkongsian ilmu ini berlarutan hingga mencecah jam 12:30 pagi dan dihentikan memandangkan peserta tidak dapat memberi tumpuan penuh akibat mengantuk dan keletihan.

Peluang dan masa ini saya gunakan untuk bersedia untuk tidur dan berehat.

Hari Ketiga

Kerap kali terjaga pada malam itu bukan sebab diganggu oleh apa-apa elimen tetapi lebih kepada sangat sejuk. Suhu pada malam itu mencecah 18c. Walaupun telah berkurung di dalam sleeping bag namun masih tidak upaya untuk bertahan.

Hampir masuk waktu subuh saya tidak dapat tidur lagi dan duduk berselimut. Rupanya bukan saya seorang sahaja begitu. Dalam samar subuh itu saya dapat melihat beberapa peserta lagi berperilaku menahan sejuk.

Sebaik selepas subuh saya dengan berselimut berjalan menuju ke hujung kampong pos piah untuk memanaskan badan dan menikmati udara sejuk dan permandangan. Hijau sehijau hijaunya kampong ini dan udaranya sangat segar.

Selepas bersarapan kami mula mempelajari ilmu-ilmu hutang yang diturunkan oleh pakar-pakar hutan orang asal. Saya gelarkan sesi ini kulian bio flora semester 1.

Lebih kurang 40 pokok herba diperkenalkan dan sehingga pokok yang ke 20 saya tidak dapat lagi menyerap ilmu yang begitu banyak. Memori dah kurang. Keterujaan saya secara peribadi untuk ilmu ini membuatkan saya bertahan hinggalah ke semester akhir. Rasanya saya hanya bergraduasi dengan 2.67 sajalah.

Terdapat 1 lagi kuliah bio saya namakan kuliah bio fauna. Yang ini hanya sebagai tambahan ilmu iaitu cara memerangkap haiwan sebagai sumber makanan dan bengkel meyumpit. Hei….. taklah saya nak tunjukkan skill tapi dah diminta saya sumpit jugalah. Di sini walaupun tidak disuruh oleh mana-mana urusetia, saya mengambil kesempatan menggalakkan semua peserta yang ada untuk mencuba. Bukan senang untuk pengalaman ini.

Berselang-seli dengan aktiviti lain, komuniti orang asal yang dibantu peserta telahpun mula memasak untuk kenduri kampong pada tenghari nanti. Saya mengabil peluang untuk membantu dengan menyalakan satu unggun api untuk memasak nasi.

Istimewa hidangan tenghari ini adalah semuanya akan dimasak dengan api kayu dan dimasak di dalam buluh.

Pada sesi gotong royong ini juga kami diperkenalkan dengan beberapa lagi jenis tumbuhan yang digunakan sebagai bahan masakan, penambah perisa atau bantuan untuk memasak.

Maka setelah begitu banyak ilmu yang diperoleh sampailah masa untuk kenduri kampong. Orang asal yang bukan beragama islam ni pun memulakan upacara mereka dengan membaca doa. Tak tahulah apa yang didoakan tetapi dari campuran bahasa temiar dan melayu ini dapatlah disimpulkan mereka minta dihindarkan dari segala bala.

Ada juga amin dihujung bacaan doa tu.

Bayak resepi baru yang dihidang pada tenghari ini. Semuanya diasaskan dengan masakan di dalam buluh dan antaranya ala-ala sup ayam, sup ikan keli. Makanana orang asal antaranya kacak. Ubi kayu rebus dan bakar masih dihidangkan. Seperti biasa saya makan mengikut fasa iaitu fasa 100% orang asal dan sepinggan lagi makanan yang campuran.

Belum habis di situ. Selepas makan satu sesi dialog dan mencurahkan perasaan apa yang diinginkan oleh orang asal. Mereka menyuarakan hasrat dan kami sebagai peserta juga berjanji akan cuba membantu sedanya untuk memenuhi keperluan tersebut.

Kemuncaknya adalah kami bersalaman dan saya mengambil peluang yang ada untuk bertukar-tukar nombor telefon dengan komuniti orang asal. Dan kami berangkat pulang pada jam lebih kurang 4 petang.

Ini adalah minggu ke dua selepas meninggalkan Pos Piah. Dari kumpulan whatapp, kami masih tak habis dan masih belum move on dengan berkongi pengalaman.. 

Dah saya sudahpun cuba mencari ruang lain untuk beraktiviti dengan mereka lagi.

Terima kasih kepada team penganjur. Sangat hebat kalian dan saya sangat bersyukur kerana dapat menimba ilmu dan pengalaman ini.