Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Wednesday 26 April 2017

Perkemahan SMK Permatang Pasir Pulau Pinang

22 April 2017. Ini adalah kali pertama saya menerima aktiviti perkemahan. Selain aktiviti outdoor yang biasa kami kendalikan. Berbeza kali ini adalah peserta diminta untuk bermalam di dalam kemah yang kebiasaanya dalam pakej kami adalah bermalam di hotel, chalet atau homestay.

Hari Pertama



Ketibaan peserta di Stesen Keretapi (ETS) dari Pulau Pinangdisambut dan diselia oleh Pemandu Pelancung Terbaik peringkat Negeri Perak 2015 dan mereka dibawa ke tapak perkemehan di Batu Kurau dengan bas.

Pada waktu yang sama petugas telahpun memasang kemah di tapak perkemahan dan membahagikan keperluan logistic yang bakal diguna peserta.

Sebaik tiba, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan terdiri dari 10 orang setiap peserta. 

Seperti yang dijadualkan tugasan pertama mereka adalah menyediakan makan tenghari. Tugasan ini tidak Nampak sukar bagi mereka. Hanya mereka tidak melantik ketua bagi kumpulan masing-masing. Maka perbagai gaya dan kelewatan membuat keputusan untuk menu apa yang hendak dimasak.



Pada waktu lapang ini saya memberikan tip-tip bagaimana untuk mengiuhidupkan api tanpa mancis dan membuat unggun api. Seterusnya memberi kelebihan extra satu dapur kepada yang mengikuti sesi ini. Tentu saja mereka dapat menyiapkan lauk dengan lebih cepat dari kumpulan lain.

Tepat jam 3pm selepas semua menyelesaikan tugas memasak dan makan tengahari termasuk menunaikan kefarduan. Aktiviti merentas hutan dan menggua pun bermula.

Masa untuk aktiviti ini saya kira terlalu singkat iaitu 2 jam ½. Berbanding dengan aktiviti kami sebelum ini di lenggong yang mengambil masa 1 hari. Maka banyak laluan terpaksa dipendekkan untuk memenuhi keperluan masa.

Di dalam perjalanan beberapa pokok hutan, pokok-pokok herba dan pokok-pokok yang boleh dimakan diperkenalkan. Antara yang menerik adalah Pokok Sentang, Beka, Lemba, Salang dan lain-lain. Merasa daun Sentang dan pucuk Gelugur menjadi pengalaman mereka yang saya jamin tidak akan dilupa.

Saya mengambil alih aktiviti menggua walaupun jelajah hutan ini diketuai oleh Guide En Din. Pembahagian tugas itu dibuat agar perjalanan aktiviti lebih terurus.

Untuk aktiviti menggua, saya dibantu oleh Cikgu Aziz, Myra dan Ija. Hanya 2 gua saja dapat diteroka akibat kekangan masa.




Sebaik tiba di kaki bukit menuju ke Gua Tapa saya membahagi peserta kepada 2 kumpulan. Cikgu Aziz, Myra dan Ija mengendalikan aktiviti di Gua Tapa manakala saya membawa separuh dari peserta ke Gua Kelawar.

Perjalanan ke Gua kelawar nampak menerujakan kepada peserta kerana mereka terpaksa meranduk sungai yang sedalam +-2 kaki. Kelihatan wajah-wajah risau apabila sampai di muka Gua Kelawar apatah lagi pintu gua ini sangat kecil. Lebih kurang 4 kali diameter.

Alhamdulilah aktiviti di Gua Kelawar untuk kumpulan ini selesai dengan selamat dan saya membawa mereka keluar melalui pintu lain yang kemudiannya bergabung dengan kumpulan yang menjalankan aktiviti di Gua Tapa.

Timing untuk 2 kumpulan ini sangat baik. Kerana sebaik kumpulan dari Gua Kelawar Sampai, aktiviti di Gua Tama pun baru sahaja selesai. Saya mengambil alih kumpulan Gua Tapa dan mengulangi aktiviti di Gua Kelawar.

Gua Tapa mempunyai pintu yang lebih kecil berbanding Gua Kelawar. Hanya 2 kali diameter dan perlu merangkak untuk masuk. Aktiviti meneroka Gua Tapa lebih menggerunkan da nada peserta yang tidak mahu mengikutinya. Walau bagaimanapun atas semangat yang diberi kawan-kawan mereka semuanya menamatkan aktiviti dan yang keberatan untuk menyertai aktiviti pun tersenyum puas.





Hujan turun dengan lebat sebaik sebelum aktiviti tamat. Hujan pula agak lebat dan telah lama turun. Memandangkan masa amat mencemburui rombongan ini saya membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan balik dalam hujan. 

Telahpun kami memaklumkan kepada peserta rombongan bahawa mereka akan beraktiviti di lokasi berdekatan dengan Taiping dimana taburan hujan adalah 2 kali lebih tinggi dari kawasan lain di Malaysia. Dan beraktiviti di dalam hujan tidak dapat dielakkan. 






Tiba di tapak perkemahan dan selepas menunaikan yang wajib peserta memulakan aktiviti berikutnya seperti di dalam jadual iaitu memasak untuk makan malam.

Saya telah memberi hint kepada pembekal untuk menyediakan nasi lebih sedikit (Hanya nasi disediakn oleh pengurus program manakala lauk perlu dimasak sendiri). Saya yakin peserta akan lebih berselera selepas melaksanakan aktiviti luar yang panjang dan ada yang mengambil kesempatan mandi sungai semasa menunggu rakan-rakan meraka mengahabiskan aktiviti menggua. Meraka dibenarkan mandi sungai yang mengalir di tepi gua setelah berpura-pura terjatuh ke dalam sungai…… macam lah kami tak tahu trik tu.
Hint saya betul kerana nasi habis dan terpaksa dimasak kali ke 2.


Slot antara jam 8malam hingga 10 malam adalah slot yang dikendalikan sendiri oleh sekolah. Walau bagaimanapun untuk ilmu saya turun hadir untuk mendengan sesi perkongsian ilmu yang disampaikan oleh En Hasanul Fairuz bertajuk “Bicara Pemimpin Sang Penakluk”.

Sebelum sesi ini tamat saya meninggalkan dewan dan membuat final touch persiapan berjalan malam. Alahamdulillah hujan berhenti sebaik kami memulakan aktiviti berjalan malam.

Santai sahaja aktiviti ini yang mana isinya boleh juga diperoleh di dalam kuliah tetapi menjadi lebih menarik jika dilakukan berhampiran dengan alam. Pada waktu yang sama saya membuktikan bagaimana manusia ciptaan Maha Esa itu sangat hebat dan peserta perlu mengekplitasi kehebatan itu untuk diri mereka sendiri.

Aktiviti berjalan mala mini dibantu oleh Cikgu Khairul yang mahir dengan serangga yang terdapat di kawasan ini. Cikgu Aziz yang bertindak sebagai juru photo dan dibantu oleh Cik Ija dan Myra.

Kami lepaskan peserta untuk berehat sebaik tamat program berjalan malam. Saya sangkakan mereka akan terus saja berehat tetapi mereka terus dengan aktiviti bebas dan kebanyakannya mengambil peluang untuk memasak. Memang pun dari pengalaman kami, untuk sesi perkemahan 2 hari 1 malam, menjadi kebiasaan peserta tidak tidur pada malam pertama.

Hari Ke 2

Kami mulakan aktiviti pertama pada pagi ini dengan program pemerhatian burung. Aktiviti dimulakan sebaik semua telah menyelesaikan kefarduan.



Burung merbah, terkukur paling biasa ditemui selain punai dan bee eater. 

Ini adalah kami pertama peserta dapat melihat Sungai Sungai Kurau yang airnya sangat jernih. Mereka tidak melalui jalan ini semasa aktiviti merentas hutan semalam dan semasa berjalan malam pula terlalu gelap untuk melihat sungai ini dengan jelas. Maka kedengaran lah bisikan “Boleh Mandi tidak”? apatah lagi pengunjung ke kawasan lata ini semakin ramai walaupun hari masih pagi.

Semua program ditamatkan pada tepat jam 9 pagi dan semua peserta mula mengemas kelengkapan diri dan mereka mula berangkat untuk aktiviti berikutnya di Bandar Taiping pada jam 11 pagi.

Selamat tinggal semua dan kami berhap semua pengalaman yang diperoleh dapat memberi keyakinan untuk membuat keputusan pada hari- hari mencabar kehidupan kelak.

Selamat maju jaya dan jumpa lagi.

Tuesday 25 April 2017

Uitm Shah Alam-UNESCO: Misi Mencari Perak Man Lenggong

Hari Pertama

Seawal jam 5 petang saya, Cikgu Atok (bertindak sebagai juruphoto) dan Su (Bertindak sebagai secretariat) bergerak ke Lenggong. Lewat jam 3 petang tadi saya telah menerima text dari ketua rombongan dari UiTM Shah Alam-UNESCO tleh mula bergerak dan text kediua saya terima setelah kami sampai di Lenggong memaklumkan lokasi terakhir rombongan.

Memandangkan rombongan masih jauh. Kami mengambil peluang yang ada untuk menyusun logistic yang akan digunakan malam ini dan 2 hari akan datang.

Masa yang ada juga kami penuhi dengan meronda-ronda sekitar Lenggong dan mempelajari dialeg dan sebutan yang betul nama-nama kampong yang masyarakatnya berasal dari keturunan patani.

Bertuah juga trip kali ni kerana Cikgu Atok setuju untuk turut serta walaupun beliau terpaksa mengenepikan 2 lagi event photografi. Bertuah kerana Cikgu Atok berasal dari sini dan masih boleh berbasa patani walaupun broken.

Kami balik ke penginapan dan bersiap untuk menerima kehadiran rombongan yang mana tiba pada jam 8:00 malam. Cikgu Atok dan Su meyambut mereka sebaik turun dari bas dan saya mengucapkan selamat datang di pintu masuk penginapan.

Romboang ini selain Cik Amy yang mengetuainya juga disertai beberapa orang lagi yang pernah mengikuti program yang hampir sama di Kuala Sepetang. Maka silaturahim terbina sebentar hingga terlupa sebentar untuk professional meet dan greed. Ialah dah macam reunion.

Bila teringat balik professionalism, baru saya ajak semua yang hadir untuk simpan bag dan terus menjamu makan malam yang sudah terhidang.

Saya dan team memberi masa bebas kepada rombonan untuk aktiviti sendiri sehingga jam 9:00 malam dan aktiviti pertama yang wajib adalah sesi suai kenai. Walaupun rombongan ini dari kolej yang sama, tetapi mereka datang dari fakulti yang berbeza. Di kolej mungin mereka pernah berjumpa tetapi ada antara mereka belum mengenali secara rapat.

Modul yang saya gunakan untuk sesi icebreaking ini saya adaptasi dari akademi ARK dan Faderik Munic Foundation dari Germen, terima kasih kerana memberi ilmu ini.

Maka selesai sesi ini dan mungkin esok setiap individu dalam rombongan ini tidak lagi dipanggil dengan nama tetapi part pada kenderaan seperti yang ingin dicapai pada modue icebreaking.

Saya juga memberinasihat kepada semua agar tidur secukupnya kerana kami akan membuat aktiviti fizikal yang semi lasak esoknya.

Hari Ke 2

Seawal jam 6:00 pagi, kami telah mula menyiapkan diri untuk aktiviti hari ini. Setelah cahaya pagi menerangi bumi, barulah peserta sedar penginapan mereka hanya di sebelah Tasik Raban Lenggong dengan suasana kampong tradisi. Pagi ni alam tidak mempersembahkan pemandangan cahaya terbit matahari kerana cuaca yang berkabus tebal. Apapun memang kawasan ini sentiasa berkabus dan cuaca berkabus semalam hingga ke lewat petang. Mungkin hari ini cuaca yang sama akan dialami.

Selesai saja sarapan kami berangkat ke lokasi penjelajahan gua yang pertama dan dipandu oleh Guide Khairul dan Sweeper Hafiz.

Wajiblah sebelum memulakan acara lazak sesi regangan diadakan. Seperti biasa saya akan menyelit pada setiap acara jelajah hutan dengan air azimat menghalau pacat. Biasalah air ini kalau dijual tentulah saya dah kaya raya sebab sangat laku.

Sebaik selesai taklimat ringkat dan mengingatkan do & don’t kami pun bergerak merentas hutan. Positifnya laluan ini diurus oleh jabatan Muzium. Maka laluannya tidaklah begitu sukar. Hanya lebih kurang 15 minit berjalan kami tiba di lokasi pertama dari 5 lokasi yang dirancang.

Gua Kelawar-Kesan exkavasi dapat dilihat dengan jelas dan di sinilah ditermui Perak Women. Kami tidak meneroka ke dalam Gua Kelawar atas nasihat guide Khairul atas isu keselamatan. Setelah beberapa ketika mengambil maklumat dari guide Khairul, mengambil gambar dan vedio kami bergerak ke lokasi seterusnya. 

Apapun berada di pintu gua ini sebenarnya banyak ditemui artifak.

Selain Gua Kkelawar, gua-gua yang kami lawati pada sebelah pagi adalah:
1.       Gua Putri
2.       Gua Kajang
3.       Gua Masjid
4.       Gua Ngaum
5.       Gua Dayak dan
6.       Gua Gunung Runtuh

Kesemua gua-gua yang dilawati adalah gua batu kapur. Tentulah permandangan stalaktit dan stalagmite itu biasa, tetapi tidak biasa kepada yang belum pernah meneroka gua. Keterujaan untuk memasuki gua-gua amat ketara pada setiap peserta yang menawarkan pemandangan dan laluan yang sangat berbeza.

Pada sebelah pagi antara yang menerujakan saya sendiri adalah memasuki Gua Kijang dan Gua Masjid dimana laluan masuk ke gua-gua ini sangat sempit malah terpaksa merangkak untuk menembusi gua Kajang.
Kami menamatkan meneroka gua-gua di sebelah pagi. Gua-gua yang telah diteroka adalah Gua Kelawar, Gua Putri, Gua Kajang, Gua Masjid dan Gua Ngaum.

Kami berhenti rehat dan makan tengari di tepi sebatang sungai. Suasana makan secara santai di bawah pokok dengan kedengaran air jeram di sungai dan bunyi-bunyi ungas menemani kami semasa menjamu selera.

Sebaik selesai guide dan petugas tempatan solat zohor, (yang lain mengambil keputusan untuk jamak takhir) kami meneruskan perjalan ke Gua Dayak. Walaupun Gua Dayak juga sama dengan gua batu kapur yang lain, ciri yang sangat berbeza gua ini adalah lukisan pra sejarah yang terdapat di dindingnya. Seperti biasa peserta mengambil sebanyak maklumat dan gambar untuk melengkapkan tugasan yang perlu dibentangkan pada malam ini.

Setelah berpuas hati meninjau dan meneroka Gua Dayak kami meneruskan perjalanan ke Gua Gunung Runtuh. Perjalanan kami pada sesi petang tidak sama dengan sesi pagi. Lokasi antara Gua Dayak dan Gua Gunung Runtuh agak jauh. Lebih kurang 2 km. kami bernasib baik kerana guide menyediakan sebuah kenderaan untuk dijadikan suttle sehingga point terakhir kenderaan boleh digunakan.

Selanjutnya kami mula berjalan kami mendaki pada kecuraman 2 hingga 5 darjah sehinggalah tiba di Gua Gunung Runtuh.

Suasana sama seperti di Gua Kelawar cuma tapak akavasi di gua Gunung Runtuh adalah di dalam gua. Guide memenuhi masa yang ada untuk meneroka 3 lagi tingkat di bawah tapak akavasi dan antara penemuan di sana adalah kesan-kesan melombong dan alatan melombong.

Yang menariknya terdapat sebuah lubang yang belum diteroka yang dipercayai boleh sampai ke pekan Lenggong.

Selesai kami di tingkat paling bawah Gua Gunung Runtuh dan apabila kami keluar sekitar gunung dan dalan rentas hutan kelihatan sangat basah dipercayai dilanda hujan yang sangat lebat. Patutlah manusa pra sejarah memilih gua sebagai tempat perlindungan kerana kami langsung tidak merasai suasa hujan yang lebat semasa kami berada di dalam gua.

Kami meneruskan perjalanan keluar dengan dibantu oleh kenderaan suttel dan tiba di penginapan masing-masing pada jam 7 malam.  

Masing-masing menguruskan diri untuk aktiviti berikutnya malam ini. Makan malam telah disediakan di sebuah resort di tebing Tasik Raban. Sekali lagi suasana berlainan dirasai setiap peserti. Makan malam di tepi tasik dengan tiupan angin dingin dari tasik.

Walau bagaimanapun suasana ini tidak dapat dinikmati secara santai kerana peserta terpaksa menyiapkan tugasan yang diberi dan peserta berjaya menyelesaikan tugasan dan membentangnya sebelum jam 11 malam.

Persembahan Yang Disiapkan Dalam Masa Yang Singkat
Berikut adalah link untuk tugasan yang disipkan pada malam tersebut:

1. Klik Sini
2. Klik Sini  dan dalam bentuk flyer



Guide Khairul seterusnya memberi sedikit kisah sejarah Lembah Lenggong da nasal usulnya termsuk kekayaan hasil bumi yang terdapat di Lenggong yang samada telah di explitasi, belum diteroka dan perlu dipelihara.

Tamat sesi ini, peserta bersurai untuk berehat untuk meneruskan aktiviti pada hari ke 3.

Hari Ke 3

Hanya ada satu aktiviti sahaja di Lembah Lenggong untuk hari ini dan baki 2 lokasi lagi adalah di Kuala Kangsar dan Sayung. Untuk kali ini saya tidak akan menulis untuk sekment Kuala Kangsar dan Sayung.

Pagi tersebut seperti yang telah ditaklimatkan malam tadi, peserta perlu menjaga masa kerana melibatkan jadual pihak ke 3 iaitu Muzium Lenggong.

Sebaik selepas sarapan yang dihidang di penginapan. Semua peserta terus sahaja mendaftar keluar dari penginapan dan menuju ke Muzium Lenggong. Kami tiba awal iaitu pada jam 8:45am 15 minit sebelum Muzium dibuka.  Walau bagaimanapun pengawal muzium tetap membenarkan rombongan masuk dan mengambil maklumat dari apa yang dipamirkan. Tentulah tarikan utama adalah raplika Perak Man yang ditemui di Gua Gunung Runtuh iaitu gua yang terakhir diteroka pada hari sebelumnya.

Setelah puas mengambil maklumat di muzium. Peserta meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar dan Sayung.

Saya percaya lawatan ini banyak memberi pendedahan sejarah dan budaya kepada peserta. Sejarah yang tertulis dan sejarah lisan penduduk tempatan. Dan yang amat ketara dialag tingkah laku guide Khairul yang berasal dari masyarakat Pattani yang mana kebanyakan masyarakt lenggong berasal dari rumpun sana.

Alhamdulillah misi untuk menjejaki perak man ini telah selesai tanpa apa-apa kesukaran. Kali ini saya betul-betul merasakan bahawa saya adalah peserta ekspidisi dan bukan pemudah cara kerana begitu banyak ilmu baru yang diperolehi.

Kepada Photographer Cikgu Aziz, Pembantu saya Cik Sulaiha… sudah-sudahlah bercakap hal meneroka gua ni. Ada masa dan ketika nanti saya bawa lagi… it time to move on…. Saya pun sama.

Terima kasih kepada kalian, Guide Khirul dan Hafiz, Cik Amy dan seluruh peserta ekpidisi dari UiTM Shah Alam-UNESCO. Selamat maju jaya dan selamat berbakti kepada masyarakat dan Negara.
  
Sehingga kita berjumpa lagi.





Cik Amy... The Boss

Jumpa Perak Man Di Galari Sementara Muzium Lenggong



Sesi Memecah Ais

Sesi Do & Don't

Sesi Memanas Badan










Hebat Gaya Guide


Banyak Lagi Gua Yang Belum Teroka

Perjalanan Ke Gua Dayak-Melintas Kawasan Di Mana Satu Ketika Dulu Sungai Perak



Lukisan Pra Purba Di Dinding Gua Dayak


Di Pintu Utama Gua Gunung Runtuh



Di Tingkat Paling Bawah +-30 Meter Di Bawah Pintu Gua Gunung Runtuh