Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Friday 13 January 2017

CSR Corporate Social Responsibility

Objektif

Menguhubungkan komuniti korperat dengan alam dan masyarakat dan menjalinkan komunikasi 2 hala agar saling memahami. 

Lokasi

Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Kuala Sepetang, Perak


Jumlah Peserta Pada 1 Sesi

20 orang peserta untuk satu kumpulan dengan seorang fasilitator-Guide Alam




Aktiviti
 


Jungle Track: Berjalan di atas titi sepanjang 1.2km yang dibina menembusi hutan paya laut, Penerangan akan diberikan berkaitan ekosistem flora dan fauna yang boleh ditemui di sepanjang laluan.



CSR-Khidmat Alam: Turun ke lapangan dengan memulihkan alam di dalam hutan paya laut di sepanjang track dan membantu Jabatan Hutan Negeri Perak menyemai anak-anak pokok bakau.

Khidmat Masyarakat: Menjiwai kepayahan kehidupan sebahagian masyarakat. CSR memberi bantuan keperluan dapur kepada yang memerlukan dan membantu kerja-kerja harian mereka.



River Cruise: Berlayar dengan bot dan membuat pemerhatian hutan paya Laut, kampung nelayan, burung-burung laut dan hidupan marin dari persisir sungai. CSR-menjiwai bahawa alam perlu dibantu untuk membantu manusia.



Industri Arang: Memahami bagaimana pengurusan Hutan Paya Laut Matang mendapat pengiktirafan dunia sebagai pengurusan hutan paya laut terbaik dunia dan mengambil pengalaman mengurus alam.

Telefon kami untuk meklumat lanjut di 012 286 36 17


No comments:

Post a Comment