Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Sunday 27 September 2015

Landasan Keretapi Pertama Negara

Mi Udang Banjir Kuala Sepetang
Kuala Sepetang (Port Welt) terletak dalam daerah Larut Matang dan selama atau lebih mudah 12 kilometer ke barat Taiping di Perak. Berasal dari sebuah perkampungan nelayan hingga kini dan kini bertambah maju dengan industri palancungan. Populer di sini tentu saja Mi udang Banjir.

Landasan Keretapi
 
Tujuan utama landasan dibina adalah untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Kuala Sepetang. Landasan keretapi juga memudahkan perjalanan keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat bekerja. Ia menjadikan Stesen Taiping sebagai stesen keretapi pertama di negara ini.
 
Kuala Sepetang juga dipilhih oleh kerajaan pada waktu itu sebagai pelabuhan kerana sifatnya yang sentiasa berangin sesuai dengan kapal yang digunakan pada waktu itu.

Landasan sepanjang 13km itu dibuka pada  1 Jun 1885 oleh Sir Hugh Low, Residen British Negeri Perak dengan kos berjumlah £7000.00 
Stesen Keretapi Pertama Negara. Stesen Keretapi Taiping

Stesen Keretapi Port Welt

 Jom kita ke Kuala Sepetang dan belajar hal Sejarah