Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Thursday 3 December 2015

Bio 510 Field Trip (Lab Practical Four-Bio Conservation) UiTM Arau Perlis



Tugasan ini saya terima pada 21 Nov 2015 daripada pengurus KS Eco Tourism dan dari tarikh itu hinggalah pada tarikh mula tugasan saya telah meninjau kawasan cadangan lawatan dan mengulangkaji sejaran.
Kumpulan audian kali ni mengelar diri mereka Fieldtrip Ecology dari UiTM Arau Perlis yang dianggotai seramai 3 orang pensyarah dan 36 orang pelajar.

Sebelum ini saya juga pernah terlibat dengan audian dari UiTM Arau dan merasa bertuah selepas assignment ke dua ini.


Malam 1 

Audian tiba di lokasi aktiviti pertama mereka pada jam 7:15pm dan mereka diberi taklimat ringkas berkenaan kelip-kelip Kampung Dew. Selepas makan malam mereka menaiki 3 buah bot dalam cuaca yang sangat baik.

Cuaca yang sangat baik ini sekaligus menggalakkan kelip-kelip dilihat dengan mudah. Persembahan kelipan berirama ini seolah-oleh mengalu-alukan kehadiran audian.

Hari 1

Hanya 2 aktiviti pada hari pertama iaitu jungle tracking dan Night Safari Taiping. KS Eco Tourism telah melantik 4 orang guides tempatan yang tentunya mahir di kawasan kampong halaman mereka. En Zam, En Jo, En Nizam dan ustas, saya tentulah diwajibkan bersama mereka.

Kami tiba di Sempeneh River Front dan diberi taklimat keselamatan dan sedikit info apa yang akan dilalui oleh audian, tidaklah sesuai untuk dimaklumkan semua perkara yang akan dilalui agar tidak hilang rasa keterujaan audian.

Sebelum sesi pemanas badan, saya telah membuat demo untuk menghasilkan nyah pacat mesra alam. Tentulah agak payah tetapi semua melihat dan mengambil perhatian yang penuh. Maklumlah kebanyakan audian adalah wanita. Nyah pacat ini kalaulah dijual pada waktu itu tentu saya boleh jadi kaya, apa tidaknya kos tak sampai RM1.

Audian memulakan tracking rentis dari Sempeneh River Front dengan beberapa kali meranduk Sungai Kurau, mendaki dan menuruni cerun-cerun. 

Gempita juga apabila melalui kawasan yang menjadi habitat pacat setelah dimaklumkan repellent yang dipakai tadi telah tidak berkesan selepas meranduk sungai.

Sepanjang tracking sejauh 4km ini audient diminta melaporkan penemuan-penemuan flora dan fauna.

Kami berhenti rehat dan makan tengahari di River Side CafĂ© yang terletak di sisi Gunung Kurau dan pintu gerbang Kampong Sempeneh. 

Audian memulakan perjalanan sebelah petang untuk meneroka gua. Laluan agak santai dengan meranduk sungai. Terdapat banyak gua di sini dan yang dilawati adalah, Gua Pelamin, Gua Bersanding, Gua Bertapa dan Gua Kelawar.

Paling mencabar untuk diterokai adalah Gua Bertapa kerana untuk sampai ke muka gua, audian perlu mendaki dan memanjat tebing berkecuraman hampir 80 darjah, ditambah pula keadaan cerun yang licin.

Manakala Gua Kelawar pula hanya mampu dimasuki dengan seorang peneroka kerana pintu masuknya yang kecil. Gua kelawar pula adalah gua yang mempunyai kubah terbesar dan dalam yang diterokai bagi audian ini. 
 
Sementara menunggu semua audian keluar dari Gua Kelawar (Lama sebab kena keluar seorang-seorang) audian yang telah berada di luar mengambil masa sendiri dengan mandi sungai dan membersihkan diri di sungai di luar pintu gua. Tentu suasana yang sangat menyegarkan selepas seharian mengeluarkan peluh.

Malam 2

Kami bertolak balik ke asrama dan bersiap untuk ativiti malam pula. Sebelum memulakan aktiviti, Audian di hidangkan dengan BBQ di Mom Prison Corner. 

Jadual seterusnya adalah melawat Night Safari di Zoo Taiping.  Separuh hari ini sebelah pagi audian menjalankan aktiviti jungle tracking dan separuh hari sebelah petang dengan aktiviti meneroka gua, keletihan amat dapat dilihat. 

Saya memberi pilihan kepada audian samada hendak menggunakan tramp atau berjalan kaki di Night Safari dengan memberi kebaikan dan kelemahan tramp, maka mejoriti memilih untuk berjalan kaki. Suatu pilihan yang sangat tepat. Ini kerana jika menggunakan tramp, pelawat hanya lalu sahaja di kandang pameran tetapi jika berjalan kaki pengunjung boleh mengambil masa sendiri untuk berinteraksi dengan haiwan yang dipamerkan.

Tamat aktiviti hari ini apabila jam hampir mencecah jam 12 tengah malam. Audian dibenarkan pulang dan saya nasihatkan agar terus berehat kerena keesokkan hari masih lagi dengan aktiviti yang melibatkan tenaga.

Hari 2

Cuaca sangat baik pagi ini, dan lokasi pilihan untuk beraktiviti pada hari ke 2 ini memang sangat sesuai untuk diselitkan dengan aktiviti photography.

Tepat jam 9:00 pagi audian tiba di parkir Hotel Flaminggo dan mereka memulakan aktiviti dengan senaman ringan.

Aktiviti pagi itu adalah melawat ke lakasi yang tersenarai dalam Taiping Heritage Trail yang berjumlah 21 daripada 39 lokasi kesemuanya dengan tambahan 4 lakasi menarik lain yang berada berdekatan dengan lokasi Heritage Trail.

Audian memulakan lawatan dengan berjalan kaki ke Rock Formation lakasi ke 2 di dalam laluan Heritage Trail memandangkan lokasi pertama telah dilawati pada malam sebelumnya dan berjalan melawat satu persatu lokasi menarik hinggalah ke Perpustakaan Peringatan. Seterusnya audian menaiki bas dan melawat 22 lokasi lain.

Sesi pagi ini tamat dengan makan tengahari secara santai (Berkelah di Taman Tasik Taiping) dan bersolat Zohor di Masjid Al Hadhri Jalan Matang sebelum bertolak ke Pekan Kuala Sepetang untuk aktiviti akhir program ini.

Pekan Kuala Sepetang begitu sibuk pada hujung minggu menyebabkan jalan ke jeti untuk aktiviti river crusing terlalu sesak dengan lalu lintas. Audian terpaksa berjalan kali ke jeti akibat kesesakan ini dan akibatnya mereka berpeluang melawat 2 lagi lokasi bersejarah negara selepas aktiviti river crusing.

2 buah bot telah sedia menunggu audian berbanding pelancung yang datang secara walk in dimana terpaksa menunggu lama giliran untuk aktiviti. Itulah baiknya jika kita datang dengan disediakan jadual. 

Pakej yang diambil adalah menyusuri sungai, melawat kampong nelayan, aktiviti nelayan dan burung. Saya juga meminta audian berdoa agar ikan lumba-lumba rajin sikit hari ini dan masuk ke perairan Sungai Sangga dan boleh dilihat oleh audian. 

Semua aktiviti river cursing dapat diselesaikan. Nampaknya ikan lumba-lumba tidak melihatkan dirinya.
Oleh kerana bas diparking agak jauh, maka audian saya bawa ke lokasi sejarah yang tidak termasuk dalam pekej lawatan ini, lagipun ia dalam perjalanan untuk ke parkir bas mereka. Lokasi pertama adalah dermaga atau pelabuhan untuk mengexpot bijih pertama dan ke 2 stesen keretapi negara yang pertama yang sehingga kini masih berdiri gagah selepas perasmiannya pada tahun 1885, 130 tahun yang lalu.
 
Hanpir jam 4:30 petang saya mengiringi audian ke bas mereka dan mengucapkan terima kasih bagi pihak pengurusan KS Eco Tourism dan saya Sepetang Event Management. Dan kami amat berharap meraka akan datang lagi untuk melawat lokasi yang tidak sempat dijadualkan dalam lawatan mereka seperti dapur arang, hutan paya laut dan Muzium Matang.

Selamat pulang ke UiTM Arau Perlis dan gunakanlah ilmu yang telah diperoleh di sini untuk kebaikan diri, negara dan agama.

Selamat maju jaya


No comments:

Post a Comment