Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Sunday 30 November 2014

Minggu Akhir Nov, Job No 2: Yayasan Sultanah Bahiyah


26 Nov- Seramai 50 orang tetamu dari Yayasan Sultanah Bahiyah untuk Program Kem Pendidikan Alam Yayasan Sultanah Bahiyah.

Pihak Sepetang EM diamanahkan untuk penyediaan logistik dan katering

Kumpulan ini menginap di Asrama AsAH Taiping.

Imej oleh Kuala Sepetang Eco Tourism

Imej oleh Kuala Sepetang Eco Tourism









Minggu Akhir Nov Job 1-Kumpulan KLCC

28 Nov: Kumpulan dari KLCC hadir ke Kuala Sepetang bukan saja untuk mendapat pengalaman alam khasnya hutan paya laut dan kehidupan nelayan. Mereka juga memberi sumbangan kepada penduduk tempatan dengan membantu kerja-kerja harian mereka.

Bagi yang kurang bernasib baik, kumpulan ini juga memberi sumbangan barangan dapur dan wang saku.







 
Imej oleh Kuala Sepetang Eco Tourism

Imej oleh Kuala Sepetang Eco Tourism

Imej oleh Kuala Sepetang Eco Tourism

Jom pi Kuala Sepetang, Kita cari ikan lumba-lumba warna pink, tonton irama kelip-kelip, belajar tentang hutan bakau, makan Mee Udang Banjir dan macam-macam lagi

Minggu akhir Nov, Job no 3. Kumpulan Universiti Malaya

29 Nov-Selepas kumpulan dari Universiti Malaya ini menonton irama kelip-kelip mereka dijamu BBQ pula di Homestay Seri Taiping Bukit Jana.

Tentu mereka telah keletihan setelah sepetang beraktiviti. Dan jadual makan malam mereka pula pada jam 10 malam. 

Penyediaan logistik telah mula sejak tengahari lagi bagi memastikan tiada kekalutan dan kecatatan. 

Alhamdulillah mereka berpuashati.




Jom pi Kuala Sepetang, Kita cari ikan lumba-lumba warna pink, tonton irama kelip-kelip, belajar tentang hutan bakau, makan Mee Udang Banjir dan macam-macam lagi



Buih Sabun Gergasi

Hampir setiap minggu ada saja perkara menarik di Kuala Sepetang untuk dinikmati pengunjung.Pihak Kuala Sepetang Eco Tourism. Kali ini mereka menjemput pengusaha mainan Buih Sabun Gergasi untuk pelanggan mereka.

Yang mengambil manfaat dari tarikan ini bukan saja pelawat, malah yang paling teruja adalah kanak-kanak tempatan.






Sunday 23 November 2014

Kami bermula sebagai hobi dan dari sini kami berkembang dan tertubuhnya Sepetang EM. Awalnya pelanggan kami sendiri yang akan menguruskan sesi photography. Biasalah, jika nasib baik gambar memang cantik. Tetapi kebanyakannya kurang memuaskan kerana pelanggan juga sibuk melayan tetamu.

Seterusnya kami mengadakan aset photography dan melantik rakan niaga SONGKETeIMAGE yang mahir. Pelanggan kami pastikan tidak hilang fokus kepada tetamu dan kami akan serahkan imej terbaik untuk mereka.



Aktiviti Hujung Nov 2014 Minggu Ke 4-SM Agama Johor Baharu

Sepetang EM diberi kepercayaan untuk menyediakan hidangan dan keperluan logistik bagi pihak KSET untuk SM Agama Johor Baharu.


Unik dari rombongan ini adalah ia dipimpin oleh pelajar sekolah itu sendiri.  Sepetang EM bangga melihat kebolehan Wan Amira memimpin rakan-rakan sesekolah beliau.

Hebat pelajar ni-bakal jadi pemimpin negara. Cikgu pun dipinpin sekali. Tahniah

Yang Masak
Boss Besar KSET Pun Ada

Homestay Dah Jadi Restoran? :-)

Banyak Menu


BBQ Ayam
BBQ Kerang

Ni dia Wan Amira dari SM Agama Johor Baharu yang memimpin rakan-rakan sesekolah beliau

Monday 17 November 2014

Aktiviti Hujung Nov 2014 Minggu Ke 3 Team 3

Kami juga diberi amanah untuk menguruskan logistik dan katering untuk lawatan dari Sekolah Kebangsaan Seri Tasik Teluk Intan.

Mereka hadir di Kuala Sepetang pada 16 Nov hingga 17 Nov.

2 lokasi tugasan telah ditetapkan bagi menjimatkan dan memaksimakan masa rombongan membuat lawatan. 

Kami telah diamanahkan untuk menguruskan logistik dan catering untuk makan tenghari, BBQ dan sarapan pagi.

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dipuji kualiti perkhidmatan dari kumpulan rombongan.

Antara tugasan tanpa bayaran yang kami berikan kepada kumpulan ini adalah menjadi juru iring ke lokasi penginapan ;-)
Menyediakan BBG untuk rombongan selepas aktiviti menonton kelip-kelip berirama di Mak Teh Mee Udang Banjir

Sarapan pagi di Rakan Muda Bukit Jana

Aktiviti Hujung Nov 2014 Minggu Ke 3 Team 2

16 Nov: Program pendek dari Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat Pulau Pinang tidak kurang hebatnya. Banyak lokasi menarik dapat dilawati.

Kepakaran perniagaan kami adalah menyediakan logistik ke lokasi pelanggan. Jadi mereka ada lebih banyak masa untuk memenuhi jadual program daripada menghabiskan masa di atas jalan raya.

Kami telah diamanahkan untuk menyediakan logistik dan catering ke lokasi mereka di Taman Tasik Taiping. Dengan permandangan yang cantik mereka telah menjamu selera ala european picnic.





Aktiviti Hujung Nov 2014 Minggu Ke 3 Team 1

Sepetang EM mula menerima pelanggan hujung minggu pada 14 Nov 2014. Kami mengalu-alukan kehadiran Sekolah Kebangsaan Bandara Kuala Lumpur yang bersama kami dari 14 Nov 2014 hinngga 16 Nov 2014.

Istimewa rombongan ini adalah mereka hadir tanpa guru lelaki. Maka tugas mengasuh 14 orang murid lelaki dari 39 orang perserta telah dipertanggung jawabkan kepada KSET. Pakej baru-MENGASUH :-)

En Mohd Jusri kali ini bukan sekadar sebagai pemandu pelancung tatapi turut dipertanggung jawabkan sebagai PENGASUH

Bangga pelajar ini memperagakan baju sekolah kebanggaan beliau
 Team Sepetang EM berbangga kerana turut terlibat dalam penyediaan katering, pengangkutan dan logistik.