Kami Sepetang EM

Sepetang Event Management “Sepetang EM”

Tunjang perniagaan kami adalah pengurusan acara atau majlis “Event Management”. Dari sekecil majlis pertunangan hinggalah ceramah mega.

Tawaran perkhimatan kami secara amnya adalah penyelesaian menyeluruh acara atau majlis pelanggan kami.

Dari penyediaan tapak, khemah, pengangkutan, petugas, tempat penginapan tetamu, promosi, jemputan. Pendek kata pelanggan kami hanya perlu nyatakan tarikh dan jumlah peserta pada majlis mereka dan kami akan pastikan acara atau majlis pelanggan kami terlaksana dan mendapat pujian tetamu.

Wednesday 18 October 2023

Program Kesedaran Alam Hutan Paya Laut-Pakej H

Lokasi:

Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang

Aktiviti:
🌳 Jejak Hutan Bakau
▪️Mengenali 4 spesis utama bakau
▪️Mengenali 4 perbezaan fizikal spesis
▪️Sumbangan bakau pada manusia
▪️Sumbangan manusia pada bakau
▪️Flora dan fauna hutan bakau
▪️Iktiar hidup asas di hutan bakau

Masa:
Progrem dijadul setiap hari bermula jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang


Durasi:
1 Jam

Kos Aktiviti:

RM50.00 untuk maksima 14 orang.

Tiket masuk ke Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut

RM5.00 Seorang dewasa

RM2.00 Seorang kanak-kanak@Pelajar

RM2.00 Parking sebuah kereta

RM10.00 Parking sebuah bas



Tuesday 26 September 2023

Lawatan ke Kuala Sepetang: Pakej Tawaran Kami-Pakej G Lawatan Berpendidikan ke Dapur Arang

 

Pemanduan ke Dapur Arang

Terdapat lebih 450 buah tanur arang yang beroperasi di Kawasan Hutan Paya Laut Matang. Fungsi tanur arang ini adalah mengeringkan kayu bakau untuk dijadikan arang kayu.

5 proses akan dilalui sebelum kayu bakau bertukar menjadi arang.

Pelawat akan ditunjukkan 5 proses tersebut sehingga terjadinya produk utama iaitu arang kayu dan juga bahan sampingan yang terhasil.

Akhirnya apakah factor ekonomi sehingga industri arang kayu ini boleh bertahan sejak tahun 1930 lagi.

Durasi lawatan adalah antara 30 hingga 45 minit.

RM50.00 untuk maksima 14 orang peserta.

























 

Saturday 5 August 2023

Lawatan ke Kuala Sepetang: Pakej Tawaran Kami-Pakej F Mencari Lumba-lumba

Pakej ini khas untuk mencari ikan lumba-lumba di sekitar Kuala Sepetang dan Pulau Sangga.

Pelawat dinasihatkan untuk merujuk tarikh-tarikh yang sesuai memandangkan ikan lumba-lumba adalah hidupan liar dan kehadiran mereka bergantung kepada kesesuaian cuaca dan keadaan air laut.

Durasi lawatan +-4 jam dengan bot


Kos:

Minimum RM450 untuk 1 hingga 3 orang. Peserta ke 6 dan berikutnya RM150 seorang. Maksimum 10 orang dalam satu bot.


Lumba-lumba Irrawaddy, Jenis lumba-lumba yang pemalu. 





Lumba-lumba Sousa chinensis bewarna merah jambu

Anak lumba-lumba Sousa chinensis berwarna kelabu dan bertukar merah jambu setelah dewasa 





Lawatan ke Kuala Sepetang: Pakej Tawaran Kami-Lawatan ke Tapak Perlindungan Kelip-kelip-Pakej D

Pakej D adalah pakej lawatan ke tempat perlindungan (Sanctuary) kelip-kelip Kampong Dew. 

Pakej ini sesuai diadakan pada jam 7:30 malam hingga jam10:00 malam.

Penerangan secara mendalam sebelum pelayaran ke tempat perlindungan agar pengunjung lebih faham apa yang akan dilihat.

Jika cuaca baik. kami juga akan menunjukkan buruj-buruj bintang dan kegunaannya.

Durasi lawatan +-1 jam dengan bot

Kos:
Minimum RM200.00 untuk 1 hingga 5 orang. Peserta ke 6 dan berikutnya, RM40.00 seorang. Maksimum 10 orang dalam satu bot.










Lawatan ke Kuala Sepetang: Pakej Tawaran Kami-Menyusuri Kuala Sepetang hingga ke Pulau Sangga-Pakej C

Pakej C adalah lanjutan dari Pakej B http://sepetangem.blogspot.com/2023/08/pakej-tawaran-kami-pakej-b.html dengan tambahan lokasi belayar dan singgah di Pulau Sangga. 

Penduduk di pulau ini menjalankan kehidupan harian tanpa bekalan air paip dan bekalan elektrik.

Dalam perjalanan ke pulau ini, pelawat akan ditunjukkan lokasi penebangan bakau berusia 30 tahun, lokasi proses penjarangan 15 tahun dan 20 tahun hutan paya laut.

Paling menarik, kami seringkali terserempak dengan kumpulan ikan lumba-lumba samada dalam perjalanan pergi atau balik.

Durasi lawatan +-2 jam dengan bot

Kos:

Minimum RM300.00 untuk 1-5 orang. Tambahan RM60.00 untuk peserta ke 6 dan seterusnya.














Lawatan ke Kuala Sepetang: Pakej Tawaran Kami-Menyusuri Perairan Kuala Sepetang-Pakej B

 Pakej B merangkumi pelayaran di sekitar perairan Kuala Sepetang selama 1.5 jam melawat dan memerhati aktiviti berikut:

  • Sejarah Kuala Sepetang
  • Perkampungan nelayan
  • Perbezaan dan jenis bot nelayan / kegunaan.
  • Aktiviti yang nelayan
  • Jenis-jenis pokok bakau sepanjang pelayaran
  • Pemerhatian burung bangau, pekaka, helang merah dan hidupan liar.
  • Melalui Kg Menteri, Ngah Ibrahim & kesan Perjanjian Pangkor.
  • Melihat kawasan Industri penternakan kerang.
  • Penyebaran benih bakau.
  • Pengurusan Hutan Paya Laut Matang.
  • Lawatan ke sebahagian Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang.
  • Lawatan ke terusan ke arah Tanur Arang.
  • Naik ke pantai kerang (Pada waktu air pasang sahaja).
  • Lawatan ke sangkar ikan dan beraktiviti.
Durasi lawatan +-1.5 jam dengan bot

Kos:
Minimum RM200.00 untuk 1 hingga 5 orang. Peserta ke 6 dan berikutnya, RM40.00 seorang. Maksimum 10 orang dalam satu bot.